(Foto) Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah

COVID-19

(Foto) Tidak Bertanggungjawab, Bilik Kuarantin Ditinggalkan Dalam Keadaan Rosak Dan Bersepah

Umum mengetahui bahawa kerajaan kita telah menyediakan pelbagai pusat kuarantin demi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung. Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga turut diberikan tempat kuarantin yang cukup selesa yang turut menyediakan segala kemudahan seperti makan dan minuman yang cukup.

Disebabkan segelintir orang kita yang mempunyai sifat tidak bertanggungjawab, tentu ada saja cerita yang tidak menyenangkan muncul. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna Facebook telah berkongsikan situasi bilik-bilik di sebuah pusat kuarantin yang tidak dinyatakan.

Advertisement

Mengejutkan apabila yang dihuni oleh ‘mereka’ telah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat bersepah. Kejadian memalukan ini dikatakan telah berlaku di Sarawak. Turut dijelaskan bahawa, kebanyakan individu yang tinggal di pusat kuarantin tersebut adalah dari golongan pelajar-pelajar IPT.

“Lepas 2 minggu kuarantin dah tak jadi bilik”

Posting di facebook

Bertambah kecewa, mereka bukan sahaja telah menyepahkan bilik itu malah turut merosakkan barang-barang yang terdapat di sana seperti sengaja.

Situasi bilik Situasi bilik Situasi bilik Situasi bilik situasi bilik situasi bilik

Ramai netizen telah yang menzahirkan rasa kesal terhadap individu ini, yang dilihat jelas tidak menghargai usaha, pengorbanan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan terhadap diri mereka.

“Tak ada rasa malukah?”

Komen Netizen komen Netizen

“Tak tahu bersyukur langsung”

komen netizen

Kejadian seperti ini pastinya memberikan kekecewaan yang besar kepada pihak yang bertugas menjaga kebajikan mereka di dalam tempoh kuarantin. Diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...