December 6th, 2016

Adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera sering menarik perhatian ramai. Kata orang, Ameera juga kelihatan cukup cantik dan manis ketika membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun lepas.

Namun, semalam netizen dikejutkan dengan beberapa foto Ameera yang tampil dengan imej “freehair” menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, Ameera juga telah menutup bahagian komen di Instagramnya. Ia mencetuskan tanda-tanya dikalangan netizen dan ada juga yang mempersoalkan tindakan Ameera.

Berikut antara komen netizen :-

Berikut pula beberapa foto Ameera tidak bertudung yang dimuat naik di Instagram:-

Meskipun menerima pelbagai komen daripada netizen sehingga ia menjadi viral, Ameera bagaimanapun belum memberikan sebarang respon mengenai isu tersebut.

Hmmph, memang manis kalau Ameera bertudung. Apa agaknya alasan beliau untuk tampil tidak berhijab lagi? Sama-sama kita nantikan penjelasan Ameera ataupun keluarganya nanti.


Comments are closed.

Loading...