[FOTO] Suasana Sunyi Sepi di Phuket Akibat Pandemik COVID-19

Trending

[FOTO] Suasana Sunyi Sepi di Phuket Akibat Pandemik COVID-19

Selepas banyak negara bertindak menutup pintu sempadan antarabangsa dan menguatkuasakan kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19, Phuket, Thailand khabarnya menerima tempias hebat apabila pulau itu dilihat seakan mati kerana kini kian sepi daripada kunjungan pelancong.

Advertisement

Situasi itu jelas kelihatan apabila kawasan tarikan pelancong itu menyajikan persekitaran yang sunyi lengang tanpa kehadiran pengunjung.

Menerusi entri yang dikongsi Rizal Hakimm, tiada langsung kelibat pelancong bermandi-manda di kolam renang, bersantai bersama keluarga apatah lagi berjemur di tepi pantai.

Sekadar informasi, sebelum penularan wabak Covid-19 melanda, Phuket merupakan destinasi pelancongan kedua paling popular di Thailand, selepas Bangkok, dengan kunjungan sembilan juta pelancong, pada tahun lalu.

Berikutan itu, sektor tersebut telah menyumbang hampir 80 peratus daripada pendapatan di pulau itu dan memberikan lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Namun begitu, wujud juga ura-ura yang mengatakan bahawa, susulan ketiadaan pelancong saat ini, ia telah menyebabkan sebahagian besar daripada 3,000 hotel di pulau tersebut tidak dapat beroperasi lagi.

Sumber: FB Rizal Hakimm

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...