Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berkongsi beberapa keping foto bersama keluarga tercinta di majlis perkahwinan anak tirinya, Aazief Khalid baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Siti kelihatan anggun mengenakan busana sederhana namun tetap memukau di sisi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan anak-anak mereka, Siti Aafiyah serta Muhammad Afwa.
View on Threads
Kehadiran keluarga kecil ini jelas menyerikan lagi majlis bahagia pasangan pengantin.
Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap kecantikan Siti yang dikatakan tidak pernah luntur meskipun usia semakin meningkat. Malah, ramai juga meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan penyanyi kesayangan ramai itu di samping keluarga.
“Cantiknya Tokti, sejuk mata memandang,” tulis seorang peminat. Tidak kurang juga yang mendoakan agar keluarga besar Siti terus dilimpahi kebahagiaan dan rahmat.