Foto Singa Dalam Keadaan Kurus Kering Hanya Tinggal ‘Kulit Dan Tulang’ Di Zoo Menimbulkan Kemarahan Ramai

Trending

Foto Singa Dalam Keadaan Kurus Kering Hanya Tinggal ‘Kulit Dan Tulang’ Di Zoo Menimbulkan Kemarahan Ramai

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar tentang berita haiwan-haiwan di zoo yang kekurangan makanan dan berada dalam keadaan yang teruk. Pada hujung tahun lalu, foto dua ekor singa dalam keadaan sangat kurus di Zoo Liaoyang, China mencetuskan kebimbangan ramai.

Baca: (Video) Kecewanya Masa Pergi Zoo Negara Terlihat Orang Utan Makan Plastik

Advertisement

Kali ini, foto beberapa ekor singa di Sudan Zoo berada dalam keadaan sangat daif dan kurus kering sehingga menampakkan tulang. Haiwan tersebut yang kehilangan berat dengan jumlah yang banyak dipercayai kerana kekurangan makanan dan sumber nutrisi.

sudan zoo

sudan zoo

Haiwan-haiwan tersebut dipercayai kekurangan makanan dan bekalan ubat selama beberapa minggu ini sejak kegawatan krisis ekonomi yang melanda negara tersebut . Sehingga ada beberapa laporan yang mendakwa sudah ada beberapa ekor haiwan yang mati disebabkan masalah ini.

Yang menyedihkan, haiwan yang sudah mati kelihatan seperti hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. 

Osman Salih melancarkan satu kempen di Facebook dalam menggesa orang ramai menyelamatkan haiwan-haiwan ini sebelum keadaan bertambah buruk. Manakala, pakar veterinar memaklumkan kesihatan singa-singa ini mengalami kemerosotan yang teruk dengan ada antaranya kehilangan hampir separuh berat badan.

Masalah kesihatan

sudan zoo

Salah seorang pengurus di sana memberitahu bekalan makanan selalu terputus sehingga mereka terpaksa menggunakan duit sendiri untuk memberi makanan kepada singa. Selain daripada masalah kekurangan bekalan makanan, pihak zoo juga berhadapan dengan masalah terputus bekalan ubat.

Mereka turut menghidapi beberapa penyakit yang serius disebabkan masalah kekurangan nutrisi.

Ketika wartawan membuat liputan di sana, beberapa ekor singa diikat dengan tali dan diberikan bantuan cecair menerusi drip untuk membantu dari dehidrasi. Selepas mendapat liputan media, beberapa badan agensi tampil memberikan bantuan seperti bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...