Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hari ini mengumumkan berita gembira apabila isteri kesayangan, Datin Dr. Halina telah selamat melahirkan cahaya mata ke-7 mereka pada 12 Julai bertempat di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Perkhabaran gembira itu turut diuar-uarkan Sheikh Muszaphar menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan warganet.
View this post on Instagram
Dia juga sempat berseloroh mengenai wajah cahaya mata terbaru mereka di mana tidak pasti mengikut mukanya atau pun Dr. Halina.
Dilahirkan hari ini, 12 Julai, berat 2.98 kg. Mommy dan baby dalam keadaan baik. Alhamdullilah syukur sangat. P/S tak pasti muka mommy atau daddy.
Sheikh Muszaphar dalam pada itu turut memaklumkan nama diberi kepada bayi lelaki tersebut adalah Sheikh Muhammad sebagai tanda rasa kasih sayang terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Tulisnya lagi, anak-anaknya yang lain seperti Tasha dan Noah ada memilih nama untuk diberikan kepada adik mereka namun akhirnya memilih untuk menamakan si kecil tersebut dengan nama pilihan.
Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Untuk rasa kasih kepada Nabi Terakhir kita. Tetapi anak-anak mahukan nama yang lain. Noah mahu Ibrahim, Tasha mahu Isaac, Adam nak Adam junior. Eusof & Amelia okay dengan sebarang nama. Bella bersetuju dengan nama Muhammad.
Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2010 dan telah pun mempunyai 7 orang cahaya mata termasuklah Sheikh Muhammad sepanjang perkahwinan mereka. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.