Shah Rukh Khan nama yang pasti anda semua kenal lebih-lebih lagi kalau semalam anda sempat layan filem beliau paling hit Kuch Kuch Hota Hai ( jangan tipu anda tak layan sebab kami pun layan sebenarnya hehe).
Mesti anda juga tahu bahawa aktor tersebut merupakan seorang Muslim tetapi telah dihimpit pelbagai kontroversi kerana mendirikan rumah tangga bersama Gauri Chibber yang beragama Hindu. Malah sekitar tahun 2009 ada madrasah di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa SRK telah murtad kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Tetapi baru-baru ini, peminat beliau terkejut apabila sebuah foto beliau di lapangan terbang sambil memegang tasbih mula tersebar luas selepas beliau pulang daripada menjalani penggambaran di Bulgaria.
Ramai peminat dan pihak media yang menyambut kepulangan beliau tetapi SRK masih tenang memegang tasbih tersebut sambil bibir beliau bergeak.
Tidak pernah selesa memberikan komen yang melibatkan isu keagamaan, peminat beliau nyata gembira dengan perubahan beliau. Siapa yang tidak suka bila artis pujaan mereka sudah dibuka hatinya untuk teus berada di jalan yang benar dan tidak segan mengakui beliau seorang Muslim.
Kalau kita ingat kembali sebelum ini, SRK pernah meluahkan hasrat beliau untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah. Memang satu perubahan yang agak baik kan? Alangkah lebih indah jika SRK dapat membimbing isteri dan anak-anaknya untuk mendekati Islam.
semoga Allah memberikan dia taufiq dan hidayah dah kembali ke jalan yang lurus.Allah itu Maha Pengampun & Penyayang……………..
berubahnya seseorg hamba Allah tu kita lihat diri yg sekrg bukan yg silam. semoga istiqamah dan ditunjukkan lg jln yg benar.
Contoh seorang artis yang paling bagus. Tak malu beribadah di mana-mana tanpa menghiraukan apa orang nak kata.
SRK artis yang penuh sifat-sifat humanitarian.. semoga Allah memberikan beliau hidayah dan keimanan yang tinggi..
Allhamdullah…syukur….
Masalah dia zikir kat tuhan yang mmaa satu? Tuhan dia atau tuhan bini dia?
Setuju…. bila tengok crita dia,semua Agama dia bole lakun….Confused.
Secara tak langsung kau mengaku ada lebih 1 Tuhan? Mungkin kau bukan muslim kot?
Orang Islam tetap percaya hanya 1 Tuhan. Kita percaya Tuhan segala agama lain tetap lah 1,- Allah yang menjadikan seluruh makhluk dan alam semesta.
Gincu, i rasa Jeni maksudkan silap2 utk tuhan hindu/budha sebab mereka pun ada ‘tasbih’ mcm tu kan. and SRK once penah mengaku tak memeluk apa2 agama dulu, jadi janganla kita nak berseronok sangat kalau nampak dia bawak ‘tasbih’ tapi jika betul dia dah berubah ke jalan Allah, alhamdulillah. cuma my concern is, kita ni cepat sangat kecoh berseronok kalau nampak orang lain masuk islam.. sedangkan yang islam sendiri pun kita masih sukar nak bentuk ke jalan yang elok.
Betol ke dia ni pegang tasbih berzikir, entah2 duk kira duit dgn tasbih tu. Dlm program ape tah hari tu wife dia kata si srk ni selalu ikut dia gih kuil…
Kehidupan artis2 islam bollywood ni bkn blh di wat kira, kdg2 nama je islam. Tengoklah mcm si salman tu, selalu bergambar dgn anjingnya & duk mabuk… Kecuali amir je yg ok sikit.
Anyway, dia ni hero yg paling tak hensem, mcm si rosyam di m’sia. Dua2 ni layak jadi villain je, bknnya hero…
Abes kau je ke yg layak jd hero?
anon : xlayak2 SRK gan Rosyam Noor jd hero bg hng depa dh buat duit berjuta lah weii… dh tentu rmai pminat depa.. hng? blum tntu lg ada yg nk tgk kalau jd hero.. smpan skit bngap gan dngki hng tu sama na..
Abes kau ke yg layak jd hero anon?
Allhamdullah…syukur….
alahai .. nama pun pelakon .. takut kena boikot .. dunia 2
errr..aku rasa dia takut kapal terbang terhempas..
betul2 ..dia takut naik plane..kan musim kapalterbang terhempas
amir khan paling bagus….islam tetap dihatinya
amir khan dh pergi haji dgn mak dia kan?
aamir khan bkn pegi haji tp temankan mak dia buat umrah & wife dia pon hindu gak..dia pon ada ank surrogate sama mcm shahrukh khan…
kat india sama mcm indonesia lar, kawin campur lain agama tu biasa jer…
bkn xnak bersangka baik tgk shahrukh khan ni tp….entahlar…
‘benda’ yg dah sebati dgn hidop payah nak ubah tp klau dia berubah jd muslim sejati, alhamdulillah…
nara ni galak update artis luar msk Islam padahal dorg x peluk pon agama Islam..org2 melayu sumer mcm tu ketinggalan dan mudah tertipu dgn penampilan….tau bergosip jer..bila ngo Islam bongkar agama2 bercampur perlekeh pulak..caca marba sungguh…
tgk video ni Shah Rukh ajar anak panggil Allah kat berhala Hindu ni…perhatikan ader quran jgk kat tepi patung tu…
Peminat di India dikejutkan dengan sekeping foto dia di lapangan terbang sedang memegang tasbih selepas tiba dari menjalani penggambaran filem di Bulgaria Sedia maklum aktor Shah Rukh Khan agak Berat Mulut apabila melibatkan isu agama Lebih. Shah Rukh Khan dilihat tidak henti berzikir sebaik turun dari pesawat Sedia maklum aktor Shah Rukh Khan agak Berat Mulut apabila melibatkan isu agama Lebih lebih lagi setelah mendirikan rumah tangga dengan isterinya Gauri Chibber yang berag.