Kontroversi buka tudung dan berpakaian seksi yang melanda Emma Maembong masih belum reda. Walaupun Emma sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, ada juga netizen tidak berpuas hati dan tidak henti ‘menyerang’ akaun Instagramnya dengan kecaman.
Terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu itu, Da’i Wan menasihati Emma untuk tabah menghadapi dugaan tersebut dan sebenarnya ada hikmah dan petanda baik disebalik segala keburukan.
Harapnya apa yang berlaku dijadikan pengajaran dalam hidup Emma, kami faham bukan mudah untuk terus istiqamah kerana akan hadir pelbagai cabaran dan godaan. Namun, janganlah mudah berputus asa dan cuba lagi untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.