November 3rd, 2016

Pelakon baharu Puteri Aishah yang lahir daripada program Dewi Remaja 2015 menerima pelbagai komen negatif selepas foto beliau berpakaian seksi viral di Internet.

Didalam foto berkenaan, Puteri Aishah mengenakan baju ketat dan berseluar pendek sehingga menampakkan sebahagian besar kedua-dua belah pahanya.

Menurut Puteri Aishah, foto tersebut adalah foto lama dan ia diambil sekitar tahun lalu sebelum beliau menjadi artis.

Baju itu ditaja oleh seorang pereka fesyen bagi sebuah program hiburan dan beliau terpaksa untuk menurut kehendak penaja pakaian tersebut.

Waktu itu saya belum lagi menjadi pelakon dan tiada yang mengenali saya. Tak sangka pula selepas saya aktif berlakon, ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar itu.

Puteri Aishah berpendapat perkara itu sebenarnya tiada apa yang sensitif dan sedikit pun tidak terkesan dengan isu tersebut.

Saya pun malas nak ingat gambar itu lagi. Bagi saya tiada apa yang sensitif mengenainya.

Meskipun ia hal lama, ia mengajar anda untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian selepas ini.  Kadang-kadang kita ada hak untuk mengatakan tidak jika pakaian yang ditaja itu bakal mengundang fitnah ataupun pandangan negatif masyarakat.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...