Sejak semalam, media sosial kecoh dengan tersebarnya foto perkahwinan yang didakwa melibatkan penyanyi kumpulan Dolla, Sabronzo, bersama DJ antarabangsa terkenal, Dash Berlin.
Majlis yang dikatakan berlangsung di Bali, Indonesia itu mencuri perhatian ramai hingga timbul pelbagai spekulasi mengenai status sebenar hubungan mereka.
Menariknya, satu hantaran lama di Instagram Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, bertarikh 2 Mei 2023, kembali diserbu netizen. Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu memuat naik momen ketika menghadiri Pink Fish Festival, yang turut memaparkan fotonya bersama Dash Berlin.
Ruangan komen pada posting itu kembali “meriah” apabila netizen mula mengaitkannya dengan gambar kahwin yang kini viral. Malah, ada yang berpendapat wajah pasangan dalam foto berkenaan sangat mirip dengan Sabronzo dan Dash Berlin.