Bagi sesiapa yang mengikuti drama Takdir Yang Tertulis, anda pasti tertarik dengan karakter ‘bimbo’ Ruzita yang menghiburkan. Lawak ‘ting tong’ yang dibawa pelakon semakin meningkat naik, Iman Suhana berjaya menghidupkan lagi drama tersebut.
Antara scene yang menarik perhatian ramai adalah milo tabur, susu strawberi dan imaginary husband Ruzita. Kelakar habis!
Watak kelakar yang menghiburkan
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Mempunyai lebih 90k followers di Instagram, Iman Suhana merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan). Sebelum ini, Iman pernah berlakon di dalam drama popular Monalisa memegang watak sebagai Melina.
Menerusi temubual bersama Kosmo!, Iman berkata dia masih terkejut dengan reaksi positif yang diberikan penonton kepadanya.
Cantik manis orangnya
Menurut Iman lagi, untuk menjayakan watak Ruzita, dia banyak belajar dan merujuk beberapa pelakon seperti Didie Alias, Sharifah Sakinah dan Amyza Adnan.