May 1st, 2017

Ini satu berita tergempar yang baru kami terima, khabarnya pelakon kacak Remy Ishak kini sudah bergelar tunang kepada, Ezza Yusof pengasas kepada 2morrowbridestory yang popular dengan produk kasut pengantin yang mempunyai rekaan cukup unik. Difahamkan majlis pertunangan tersebut berlangsung di Pahang.

Menguatkan lagi berita tersebut, Insta Stories di Instagram milik Ezza juga ada menunjukkan dirinya dan Remy seakan duduk bersama di atas pelamin.

Malah, pelakon Nad Zainal juga turut mengucapkan tahniah di ruangan komen. Jurugambar rasmi untuk majlis berkenaan juga mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk merakam momen indah Ezza dan Remy.

Tahniah kami ucapkan kepada Remy Ishak dan pasangan. Harapnya segala perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin pula akan dipermudahkan. Akhirnya Remy bertemu dengan seseorang yang tepat buat dirinya.


Comments are closed.

Loading...