(Foto) Rakyat Malaysia Terpesona Dengan Keadaan Lebuh Raya Kuala Lumpur Yang Lengang Tanpa Kenderaan

Kehidupan

(Foto) Rakyat Malaysia Terpesona Dengan Keadaan Lebuh Raya Kuala Lumpur Yang Lengang Tanpa Kenderaan

Gambar-gambar ini dikongsi di beberapa laman sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Walaupun terdapat banyak video dan gambar yang tular di luar sana yang memperlihatkan bandar-bandar di negara Malaysia kosong dan sunyi, terdapat satu gambar telah menjadikan ramai rakyat Malaysia tergamam dengan keindahannya.

Jumaat lepas, seorang jurugambar Malaysia Patrick Heart berkongsi hasil foto yang diperoleh di lebuh raya Kuala Lumpur yang lengang di laman Facebook.

Advertisement

Mengambil HeartDrone untuk diterbangkan dari bumbung Centrio ke sekitar bandar. Adakah anda pernah melihat Lebuhraya Persekutuan yang sejelas begini sebelum ini?

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dengan 2000 likes dan 1200 share.

 

View this post on Instagram

 

The city on a break. / Took HeartDrone out for a spin from the rooftop of my place to check out how things are. It’s such a surreal scene seeing one of the city’s busiest highway being left so eerily quiet. We are living in unprecedented times and I hope this rare moment in history will not repeat itself again. Stay healthy and well everyone. ????? . . . . . . . . . . #explorekualalumpur #explorekl #klcity #kualalumpur #kualalumpurcity #discoverkl #lokallense #igermalaya #streetmalaysia #klyourshot #discovermalaysia #MYyourshot #Streets_vision #Citykillerz #Citygrammers #urbanromantix #theIMAGED #heatercentral #visualgrams #illGrammers #gramslayers #VisualMobs #droneshot #dronestagram #dronesdaily #skypixel #djimalaysia @djimalaysia #covid_19 #restrictedmovementordermalaysia #restrictedmovementorder

A post shared by Patrick | ? (@heartpatrick) on

Satu lagi gambar yang dikongsi menunjukkan lebuh raya Kerinchi Link yang ternyata mempersonakan di waktu malam ditambah dengan kesunyian jalan raya, situasi yang jarang dapat disaksikan oleh semua orang. Gambar ini diabadikan kira-kira pada waktu  Kuala Lumpur biasanya menghadapi ‘peak hour‘.

Selepas Patrick berkongsi gambar tersebut, netizen telah membanjiri bahagian komen untuk memuji hasil tangkapan gambar yang hebat ini. Rata-rata netizen mengagumi hasil seni yang ditonjolkan menerusi gambar tersebut.

Tidak kurang juga yang terkejut bahawa fenomena lebuh raya di Kuala Lumpur sunyi sepi begini boleh berlaku. Keadaan yang kelihatan kosong tanpa kehadiran mana-mana kenderaan mengundang perasaan yang tenang di sesetengah netizen.

Ini pula gambar yang dikongsi ketika hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan.

Patrick mampu menjadikan gambar yang ditangkapnya memukau mata setiap orang yang melihat. Saloma Brigde kelihatan seperti kawasan mercu tanda yang berada di luar negara.

Dengan DSLR dan dron yang dimilikinya, Patrick berjaya mengilhamkan sesuatu emosi di dalam sebuah foto. Terbaru, Patrick memuat naik gambar di sekitar Bangsar yang menunjukkan sebuah bangunan menyalakan lampu sehingga membentuk sebuah hati.

View this post on Instagram

One city one heart one love ??/ Kudos to @uoa.hospitality and @ve.bangsarsouth for this beautiful display of support to our #covid_19 front-liners and everyone else who are involved. We can do this. Stay safe and stay motivated everyone. ?????? . . . . . . . . . . #explorekualalumpur #explorekl #klcity #kualalumpur #kualalumpurcity #discoverkl #lokallense #igermalaya #streetmalaysia #klyourshot #discovermalaysia #MYyourshot #Streets_vision #Citykillerz #Citygrammers #urbanromantix #theIMAGED #heatercentral #visualgrams #illGrammers #gramslayers #VisualMobs #droneshot #dronestagram #dronesdaily #skypixel #djimalaysia @djimalaysia #covid_19 #restrictedmovementordermalaysia #restrictedmovementorder

A post shared by Patrick | ? (@heartpatrick) on

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...