Foto Pilih Barang Kemas Bukan Hendak Berkahwin Dengan Dato Red – Ruhainies

Hiburan

Foto Pilih Barang Kemas Bukan Hendak Berkahwin Dengan Dato Red – Ruhainies

Nampaknya masih ramai yang belum boleh lupa mengenai kontroversi Ruhainies bersama Dato Red. Setiap apa yang dilakukan oleh Ruhainies pasti ada sahaja pihak yang mengaitkan namanya bersama lelaki berkenaan.

Advertisement

Baru-baru ini Ruhainies ada memuat naik foto seakan sedang memilih barang kemas. Siapa sangka dengan hanya melihat foto tersebut ada dakwaan mengatakan Ruhainies sedang merancang untuk berkahwin dengan Dato Red.

Namun, jelas Ruhainies foto itu dimuat naik olehnya kerana memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya.

Ia tiada kaitannya dengan Dato Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut.

Ruhainies merasa agak bengang kenapa masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dato Red sedangkan beliau sudah menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Dato Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?

Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini.

Sabarlah Ruhainies, bila dihimpit gosip dan kontroversi memang ia mengambil masa untuk orang ramai melupakan hal tersebut. Jangan tertekan, lama-lama nanti isu tersebut akan reda juga. Ini cabaran untuk menjadi artis bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...