Proton telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Persona MC2 dan Iriz Active pada 5 Ogos ini. Walaubagaimanapun, terdapat foto bocor yang diperoleh bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini tersebar.
Kalau korang tengok muka depan bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini memang nampak kemas berbanding versi yang sebelum ini kan? Bukan tu je, logo Proton baharu juga dikenakan pada kedua-duanya.
Untuk Iriz Active, jelas kelihatan yang Proton menggenakan bodykit gaya crossover seperti Axia Style, siap pakai rim 16 inci lagi!
Untuk interior, Persona versi baru ini kelihatan hadir dengan ruang dalaman hitam coklat yang lebih nampak premium manakala Iriz Active pula hadir dengan ruang dalaman hitam yang dipadankan dengan lining merah sekaligus buatkan ia nampak lebih sporty.
Apapun, kita tunggu sehingga 5 Ogos ini untuk melihat secara langsung apa yang dipertingkatkan bagi kedua-dua model ini nanti.