Hari ini, isteri kepada penyanyi veteran ND, Fauziah Sarman ada memuat naik foto seorang wanita dengan kapsyen ringkas yang cukup membuatkan netizen berspekulasi.
“Penyondol”, kapsyen yang ditulis Fauziah berserta nama suaminya di bahagian komen.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu, dia bukan sahaja mendedahkan wajah wanita itu malah turut disertakan nama penuh.
Hantaran tersebut seolah-olah menguatkan spekulasi mengenai gosip rumah tangga berantakan dialami Fauziah dan ND Lala yang tular sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihati agar Fauziah sentiasa bersabar selain mengkritik wajah serta fizikal wanita berkenaan.
Terdahulu, nama ND Lala menjadi sebutan warga maya apabila dia didakwa telah bernikah satu lagi bersama seorang perempuan muda.
Namun, perkara itu masih belum dapat disahkan kerana penyanyi berkenaan hanya menutup mulut dan tidak memberi sebarang respon.