Bulan Ramadhan lepas, pelakon Ramona Zamzam menerima khabar gembira bahawa beliau sedang hamil tiga bulan.
Bakal menyambut cahaya mata sulung bersama suaminya, Rami Alashkar tidak lama lagi, Ramona ada memuat naik fotonya dimana baby bump beliau sudah kelihatan. Rata-rata peminat cukup teruja melihat foto tersebut dan mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar. Ada juga memuji Ramona kelihatan comel.
Berikut antara komen di Instagram Ramona :-
Kami juga mendoakan agar Ramona diberikan kesihatan yang baik agar kehamilan beliau berjalan dengan lancar. Pasti anak beliau nanti comel bukan? Iyalah, ada campuran Arab..Hehe..