May 16th, 2019

Sekali lagi, nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz terus hangat diperkatakan. Kali ini, tersebar pula foto beliau bercumbu dengan seorang wanita seksi. Seakan seperti di sebuah kelab hiburan.

Pelbagai spekulasi mula timbul termasuk ada yang mengatakan wanita itu seorang janda anak satu. Memang sakan melakukan aksi panas sambil berpelukan.

Tampil mempertahankan diri, wanita itu yang dikenali sebagai Meri Meifina berkata, gambar terbabit adalah gambar lama sewaktu mereka berhibur di kelab malam dan seharusnya perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

Foto itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu. Menurut Meri, telefon bimbitnya hilang sebelum Ramadhan.

Terima kasih kerana viralkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Tapi gambar itu adalah gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena naik sekarang? Ya, telefon bimbit saya baru-baru ini hilang dekat kelab malam sebelum puasa.

Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak viral. Good job Malaysia, tapi macam basi sahaja. Saya dengan Aliff tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi tak perlu komen macam-macam seolah anda itu ahli syurga.

Meri turut menafikan dia sengaja ingin mencari publisiti murahan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Pada masa yang sama, dia sempat menemplak netizen yang menuduhnya sebagai perosak rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Semua orang tahu Aliff tu macam mana jangan nak salahkan perempuan saja. Kalau kamu tak mahu laki kamu kena rampas dengan orang, kena wangi sikit, baru laki tak lari.

Fuh! Makin panas nampaknya kontroversi Aliff. Macam-macam cerita mula dibangkitkan baik yang lama mahupun baru. Pelbagai kecaman yang diterima Aliff, kalau tidak serik juga kami tidak tahu lah.

Sumber Berita : mStar Online


23 responses to “Foto Panas Aliff Aziz Bercumbu Dengan Janda Pula Tersebar?”

  1. burit says:

    macam sendiri viral saja gambar tu.. attention seeker. batah perhatian

  2. miss_Oppssssssssss says:

    Cakap org busuk…. dia sendiri x sedar ke status dia….. pasal manusia eh ni bukan manusia, pasal betina macam ni la janda2 lain yang bersalah kena tempias…..

    Dah salah, nak bunyik banyak…………… xda hubungan apa2 tp bibir yg sampai melekat tu apa kes?????

  3. Anonymous says:

    Memang perangai Melayu Singapore gini ke? Clubbing sana sini

  4. Haja says:

    Dia yang sengaja sebarkan pics no supaya boleh jadi terkenal kot.
    Alif dah duda..dah free untuk mana2 boshia yang nak tidur dengan artis

  5. Watever says:

    Amboi lo punya statement nmok sgt ko pompuan pantang de jantan nl menggatal ko pon sama naik..ko pun janda lg nk sound org..ntah ntah ko pun dulu busuk gak sbb tu jadi janda..

Loading...