Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai yang megambil keberkatan untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Sebelum ini, beberapa artis Malaysia mula bertudung ketika tibanya bulan puasa dan akhirnya pintu hati mereka terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya.
Terbaru, pelakon Nora Danish ada memuat naik beberapa foto dirinya berhijab dengan ucapan khas bersempena Ramadhan di akaun Instagramnya beberapa jam yang lalu. Foto itu mendapat perhatian ramai kerana Nora tampak begitu manis sekali dan ia turut menimbulkan persoalan adakah Nora sudah bertudung sepenuhnya?
Rata-rata peminat begitu gembira sekali melihat penampilan beliau itu dan berdoa agar Nora kekal istiqamah.
Penulis agak terpegun juga melihat kecantikan Nora, sejuk mata memandang. Harapnya pintu hati beliau akan terbuka dan bersedia untuk menutup aurat dengan sempurna.
Anonymous
May 19, 2018 at 10:13 pm
Artis yg betudung time bulan puasa je ni dia ingat masuk neraka bulan puasa je ke.
Anonymous
May 18, 2018 at 4:56 pm
BPR dan PDRM…sila siasat Nedim please!!!
Sporean
May 18, 2018 at 4:45 pm
Ni semua bakal2 nk kena soal esok…sebab tu la nk dekat2 diri dgn Sang Pencipta!
darren
May 18, 2018 at 3:28 pm
#solidarityfordarrenkang