(FOTO) Nora Danish Dikritik Bawa Bayinya Berusia 2 Bulan Bercuti Ke Bali

Hiburan

(FOTO) Nora Danish Dikritik Bawa Bayinya Berusia 2 Bulan Bercuti Ke Bali

Mahu menikmati tamatnya tempoh berpantang selepas melahirkan seorang anak lelaki hasil cinta bersama suami tercinta, Nedim Nazri, pelakon Nora Danish dan suaminya telah pergi bercuti ke bali bersama-sama dengan anak mereka.

Advertisement

Seperti biasa, Nora pasti akan berkongsi foto percutiannya dengan peminat di akaun Instagramnya. Namun, foto Ney Ney yang  tidak berbaju dibawah sinaran terik matahari sambil didukung oleh Nora mendapat pelbagai reaksi netizen.

Mereka mengatakan Nora tidak menjaga sensitiviti kulit bayi tersebut selain berpendapat bayi seawal usia 2 bulan tidak sesuai untuk dibawa bercuti bersama-sama.

Netizen tegur kerana bimbang dengan kesihatan Ney Ney dan harapnya Nora boleh menerima setiap nasihat dan cadangan dengan baik ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.