Mahu menikmati tamatnya tempoh berpantang selepas melahirkan seorang anak lelaki hasil cinta bersama suami tercinta, Nedim Nazri, pelakon Nora Danish dan suaminya telah pergi bercuti ke bali bersama-sama dengan anak mereka.
Seperti biasa, Nora pasti akan berkongsi foto percutiannya dengan peminat di akaun Instagramnya. Namun, foto Ney Ney yang tidak berbaju dibawah sinaran terik matahari sambil didukung oleh Nora mendapat pelbagai reaksi netizen.
Mereka mengatakan Nora tidak menjaga sensitiviti kulit bayi tersebut selain berpendapat bayi seawal usia 2 bulan tidak sesuai untuk dibawa bercuti bersama-sama.
Netizen tegur kerana bimbang dengan kesihatan Ney Ney dan harapnya Nora boleh menerima setiap nasihat dan cadangan dengan baik ya.