Setiap wanita pasti teruja apabila disahkan hamil apatah lagi jika ia adalah anak sulung. Itulah juga yang dirasai oleh isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila.
Berkongsi rasa terujanya, Nabila buat pertama kalinya mendedahkan foto “baby bump” menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya. Beliau sudah tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya itu yang diberikan gelaran “Baby A”.
Nabila dan Sharnaaz kedua-duanya mempunyai darah kacukan, tidak mustahil bayi mereka nanti mempunyai wajah yang comel. Semoga proses kehamilan dan kelahiran nanti berjalan dengan lancar.