Mungkin mahu menutup kisah lamanya yang membuatkan hati beliau kecewa, penyanyi Sufian Suhaimi kini tampil dengan imej baru. Tiada lagi jambang dan beliau kini kelihatan lebih ceria berbanding sebelum ini.
Malah, rata-rata netizen memuji penampilan terbaru Sufian yang ala-ala Kpop dan mengakui penyanyi itu kelihatan lebih muda dan kacak.
Memang betul kata netizen, Sufian nampak lebih “fresh” dan comel sekarang, siap berani pakai baju ala-ala Hawaii lagi. Seronok juga tengok beliau yang tidak mahu terus tenggelam dalam kekecewaan. Semoga terus bahagia.