Foto Nabil Ahmad Yang Semakin Sado

Hiburan

Foto Nabil Ahmad Yang Semakin Sado

Selepas Norman Hakim dan beberapa selebriti lain yang kini aktif membina badan, secara diam-diam pelawak Nabil Ahmad juga nampaknya  aktif membina otot badan  demi kerjayanya.

Ramai yang memuji bentuk badan beliau yang kini semakin sado apabila jurulatih beliau Cash memuat naik foto bersama Nabil selepas selesai sesi bersenam di laman Instagram baru-baru ini.

Advertisement

Saya tidak bermaksud untuk menayang badan di Instagram dan memang saya tidak memuat naik sebarang gambar tidak berbaju pun. Jurulatih saya, Cash yang memuat naik gambar itu setelah kami selesai sesi bersenam baru-baru ini.

Setiap pihak mempunyai alasan mereka tersendiri menayang badan, bagi saya pula membina badan ini bertujuan untuk strategi perniagaan. Awal kemunculan dulu saya tampil dengan berbadan kurus, jadi selepas menjadi bapa kepada dua orang anak biarlah lain pula imejnya.

Demi mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat, Nabil turut mengamalkan diet tertentu dan bersenam sekurang-kurangnya dua kali sehari. Mempunyai pusat ginasium sendiri, Nabil merencana untuk membuka kelas yoga dan tarian zumba dalam masa terdekat.

Baguslah jika selebriti kini mempunyai kesedaran untuk menjalani kehidupan yang sihat. Iyalah sebagai seorang selebriti mereka harus menjaga bentuk badan dengan baik dan bukan kerana trend semata-mata. Keep it up Nabil!

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...