February 21st, 2020

Menyulam cinta selama dua tahun dan antara pasangan selebriti paling romantis, akhirnya Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam semalam di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

foto majlis pernikahan aiman hakim zahirah

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.

Pasangan sama cantik sama padan ini memakai persalinan sedondon berona putih, melambangkan kesucian cinta mereka.

foto majlis pernikahan aiman hakim zahirah

Jom kita lihat beberapa lagi foto momen indah Aiman dan Zahirah di hari pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Terserlah sinar kebahagiaan yang tidak terhingga di wajah Aiman dan Zahirah. Berseri-seri betul pasangan pengatin baru ini. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke syurga.

Kredit Foto : CST Production & Urlov Creation


4 responses to “(FOTO) Momen Romantis Sekitar Majlis Pernikahan Aiman Hakim & Zahirah Macwilson”

  1. Ratu Pinggiran says:

    Selalu base kek besar di bawah n kuncup keatas. Yg ni base kecik di bawah dan kembang keatas.. Bila digantung beri efek kek terbalik.. Good job..

  2. Anonymous says:

    halah comelnye?sweet…nak jugak?eeeeyyyyyy…tak sabar lah nak kawen

  3. Anonymous says:

    Bila sesuatu perhubungan di buat dgn kejujuran hati, keiklasan jiwa maka menyerlahlah aura cinta n seri wajahnya. Tahniah pd pasangan cinta abadi. Moga kekal hingga ke jannah.Sejuk mata memandang.

  4. Anonymous says:

    Nampak mahal ko dik..naik seri pengantin

Loading...