(FOTO) Momen Romantis Sekitar Majlis Pernikahan Aiman Hakim & Zahirah Macwilson

Hiburan

(FOTO) Momen Romantis Sekitar Majlis Pernikahan Aiman Hakim & Zahirah Macwilson

Menyulam cinta selama dua tahun dan antara pasangan selebriti paling romantis, akhirnya Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam semalam di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

foto majlis pernikahan aiman hakim zahirah

Advertisement

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.

Pasangan sama cantik sama padan ini memakai persalinan sedondon berona putih, melambangkan kesucian cinta mereka.

foto majlis pernikahan aiman hakim zahirah

Jom kita lihat beberapa lagi foto momen indah Aiman dan Zahirah di hari pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Terserlah sinar kebahagiaan yang tidak terhingga di wajah Aiman dan Zahirah. Berseri-seri betul pasangan pengatin baru ini. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke syurga.

Kredit Foto : CST Production & Urlov Creation

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...