Foto Mesra & Ucapan Hari Lahir Noor Nabila Buat Sharnaaz Ahmad Kuatkan Spekulasi Sedang Bercinta

Hiburan

Foto Mesra & Ucapan Hari Lahir Noor Nabila Buat Sharnaaz Ahmad Kuatkan Spekulasi Sedang Bercinta

Apabila timbul khabar angin bahawa Sharnaaz Ahmad kini sedang bercinta dengan kakak kepada aktres Neelofa iaitu Noor Nabila, ramai sebenarnya tidak percaya, terkejut dan ada juga peminat yang ingin mendapatkan kepastian daripada aktor pujaan mereka itu.

Menyedari ia sudah menjadi topik hangat, Sharnaaz menafikan beliau sedang bercinta dengan Nabila dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan.

Advertisement

Namun, kata orang sebuah foto itu tidak pernah boleh menipu. Sering memuat naik foto bersama di Instagram masing-masing jelas terpancar kemesraan di antara mereka. Iyalah, tak pernah lagi kami lihat rakan dalam perniagaan boleh mesra dan gila-gila macam ni.

Menguatkan lagi spekulasi mereka sedang menyulam kasih, Nabila telah menulis kapsyen yang cukup mendalam ketika memberikan ucapan hari lahir buat Sharnaaz.

Happy birthday to someone I only recently got closer to. Someone who brightens up my days and brings light to my life. Someone who makes me do things ive never thought i would. Someone who taught me to love again and to love like never before. Someone who makes me feel safe and makes me laugh and smile again when i’d almost forgotten how to. Thank you for everything you’ve given me.

Menerusi Instagram Sharnaaz juga, beliau menyifatkan kehadiran Nabila dalam hidupnya adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti mahupun di jual beli. Malah, wanita tersebut telah menyinari kehidupan beliau kini.

My birthday gift.. Pricelesss

Terus-terang Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila nampak sepadan bersama. Ramai juga peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka. Nasihat kami kepada Sharnaaz, kalau anda rasa Nabila adalah wanita yang sesuai dengan anda cepat-cepatlah bersatu.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...