Foto Mesra Di Dalam Kereta, Aliff Aziz Dan Bella Astillah Kembali Bersama?

Hiburan

Foto Mesra Di Dalam Kereta, Aliff Aziz Dan Bella Astillah Kembali Bersama?

Bukan kali pertama mereka dilihat keluar bersama, penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto mesra.

bella astillah aliff aziz keluar bersama

Advertisement

Bella menerusi Insta Story di Instagram, berkongsi foto dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu. Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik perkongsian ibu Aliff mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk. Ia seolah-olah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella kembali jernih, dimana ada menyebut tentang “Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”.

aliff aziz bella astillah kembali bersama

aliff aziz bella astillahaliff aziz bella astillah

Terdahulu, Bella meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan bekas suami. Itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.

Adakah ini bermakna cinta lama sudah kembali berputik? Kalau ini yang buatkan Bella dan Aliff bahagia, teruskan sahaja dan jangan peduli dengan kata-kata orang lain.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...