January 5th, 2020

Bukan kali pertama mereka dilihat keluar bersama, penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto mesra.

bella astillah aliff aziz keluar bersama

Bella menerusi Insta Story di Instagram, berkongsi foto dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu. Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik perkongsian ibu Aliff mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk. Ia seolah-olah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella kembali jernih, dimana ada menyebut tentang “Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”.

aliff aziz bella astillah kembali bersama

aliff aziz bella astillahaliff aziz bella astillah

Terdahulu, Bella meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan bekas suami. Itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.

Adakah ini bermakna cinta lama sudah kembali berputik? Kalau ini yang buatkan Bella dan Aliff bahagia, teruskan sahaja dan jangan peduli dengan kata-kata orang lain.

Sumber Berita : mStar Online


12 responses to “Foto Mesra Di Dalam Kereta, Aliff Aziz Dan Bella Astillah Kembali Bersama?”

  1. Nalisa says:

    Alhamdulillah suka kalau mereka nak rujuk..aliff belajar la dari kesilapan dan jgn di ulang lagi. Kamu punya bakat yg besar sayang kalau di sia2 kan. Apa pun aunty tetap mendoa kan kamu suami isteri.

  2. Ratu Lada says:

    OMG Bella……………………….
    Semoga Allah melindungimu….

  3. hakak says:

    lps ni kau jgn meroyan kat ig bila laki kau buat hal.. blog2 mcm nara ni pun jgn ambil kisah lagi pasal dorang ni.. ni contoh pepatah org tua2 dulu.. bodoh tak boleh di ajar..

  4. Anonymous says:

    Tahniah bella. lepas ni kalau laki ko curang lagi dok diam-diam sudah jangan nak meroyan ok sebab ko yang pilih jalan ni.

  5. tipahhhhh says:

    disebalik berdirinya seorang lelaki player, ada wanita bodoh dibelakangnya. puih.

Loading...