Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Foto Mesra Dengan Wanita Lain Tersebar, Syazwan Zulkifly Didakwa Putus Tunang?

syazwan zulkifly

Pelakon Syazwan Zulkifly sebelum ini mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu.

syazwan zulkifly putus tunang

Advertisement

Namun segalanya dikhabarkan musnah apabila gambar pertunangan mereka telah dipadam di laman Instagram masing-masing.

Menguatkan lagi dakwaan ini, Syazwan yang popular menerusi drama Cinta Tanpa Henti ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya “@sya.zulkifli”.

Malah perkara yang sama juga turut dilakukan Syawariah apabila akaun Syazwan juga didapati tiada dalam senarai pengikutnya di laman berkenaan.

Namun keadaan ini lebih hangat diperkatakan apabila Syazwan telah memuat naik gambar bersama perempuan lain di akaun instagramnya.

Advertisement

Foto mesra tersebut seakan memberi gambaran bahawa beliau kini telah menemui pasangan baru, sekali gus menguatkan lagi dakwaan dirinya telah putus tunang.

syazwan zulkifly putus tunang

Bagaimanapun Syazwan difahamkan bertindak memadam gambar tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Menjengah ke akaunnya ketika ini, posting sambutan Aidilfitrinya juga seakan tiada khabar berkenaan tunangnya.

Hal ini kerana, beliau hanya memuat naik entri bersama keluarganya sahaja dengan ucapan ringkas.

“Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dari Keluarga kecil kami”

Advertisement

Biarpun lebih 10 tahun mengenali tunangnya, ikatan ini dikhabarkan terputus di tengah jalan.

Terdahulu, menerusi siaran langsung di Instagram “IG live” ada pengikutnya turut bertanya berkenaan status terkini Syazwan, namun beliau dikatakan langsung tidak mengendahkan soalan berkenaan seolah-olah takut untuk memberi jawapan terhadap ajukan tersebut.

syazwan zulkifly putus tunang

Sehingga kini, langsung tiada apa-apa berita berkenaan status Syazwan. Diharapkan segala spekulasi yang timbul kembali pulih agar kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Durjana

    May 29, 2020 at 7:25 pm

    Macam tupai jugak, tebuk sana sini, lepas tu angkat kaki, jalan le

  2. Anonymous

    May 29, 2020 at 5:46 pm

    gambar ke 2 tu ada lagi ea org selfie mcm 2…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top