Foto Mesra Bersama Isteri Dikecam : Izzue Islam Nafi Ingin Menunjuk-nunjuk

Hiburan

Foto Mesra Bersama Isteri Dikecam : Izzue Islam Nafi Ingin Menunjuk-nunjuk

Pelakon Izzue Islam memang sangat mencintai isterinya, Awin Nurin dan kerap memuat naik foto mesra mereka di akaun Instagram. Namun, ada juga pihak yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka berdua dan mengecam pasangan ini hanya ingin menunjuk-nunjuk.

Advertisement

Buat Izzue, apa yang dikongsikan itu tidak keterlaluan dan hanya ingin merakam momen indah sebagai suami dan isteri sahaja.

Foto yang kami kongsi di Instagram hanyalah gambar biasa bersama isteri, tak bermaksud nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan atau nak tarik perhatian orang. Awin sebahagian hidup saya dan kami melalui detik bahagia. Lagi pula, foto yang kami kongsi tak keterlaluan dan hanya momen sebagai suami dan isteri.

Apa-apa pun, saya minta maaf pada mereka yang tersinggung dengan posting begitu kerana saya faham tak semua orang suka kita. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terus menyokong.

Macam-macam lah orang kita ini, kalau tidak memuat naik sebarang foto  ada pula yang mencetuskan spekulasi rumah tangga seseorang artis itu bermasalah. Kalau sering berkongsi foto mesra dikecam sengaja ingin tayang kebahagiaan pula.

Apa-apa pun, kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Semoga Izzue dan Awin tidak terlalu memikirkan percakapan orang dan kekal bahagia sehingga akhir hayat serta ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...