Hangat di media sosal khususnya Twitter, netizen mendakwa bahawa Neelofa dan PU Riz kini sedang dilanda sesuatu yang tidak menyenangkan dalam perhubungan mereka.
Spekulasi itu mula timbul dalam kalangan pengguna media sosial dan ada yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sedang menghadapi ujian perhubungan dalam menuju alam perkahwinan.
Malah, ada yang mendakwa bahawa hubungan antara Neelofa dan PU Riz sudah pun berakhir namun belum disahkan secara rasmi adakah ianya benar ataupun sekadar mulut-mulut orang.
Menerusi beberapa sumber yang dihubungi sebuah media, belum ada sebarang kenyataan yang keluar daripada wakil keluarga selebriti berniqab popular itu berhubung isu tersebut.
Namun kata sumber itu lagi, perbualan antara ahli keluarga Neelofa ada memberi ‘hint’ yang mengatakan hubungan Neelofa dan PU Riz ‘sudah berakhir’.
“Bayangan yang diberikan seperti tiada jodoh antara Neelofa dan PU Riz,” – Sumber kepada Astro Awani
Advertisement
Menurut sumber yang paling dekat dengan Neelofa turut memberitahu bahawa kemelut yang dialami pasangan itu sukar untuk diterjemahkan kepada peminat-peminat mereka buat ketika ini.
Dalam pada itu, ketika meninjau ruangan Instagram adik beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Atisha dan Ameera Khan juga seolah-olah turut memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah pun terjadi. Malah, ibu kepada Neelofa, Noor Kartini juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram bakal menantunya itu dan gambar-gambar ketika majlis merisik itu turut dipadam.
Mengimbas kembali, pada tanggal 1 November lalu, pelakon dan juga usahawan Neelofa dilaporkan telah menerima kunjungan daripada keluarga PU Riz bagi tujuan merisik dan pihak perempuan telah menerima sebentuk cincin sebagai tanda sudah disunting. Difahamkan juga bahawa kedua selebriti ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021 yang akan datang.
Sumber : Astro Awani

No drama
December 27, 2020 at 2:37 pm
This family always bukak aib sendiri. And obvious sangat any man is not good enough for them. Sharnaaz ex wife tu cukup proof kot 2 kali cerai and reason 500 nafkah tak cukup. You gals just be single je la and do your business. Tak yah gatal nak kahwin. Now dah canang satu mesia ada issue thn salahkan netizen. Annoying gila. U guys boleh la beli ths neelopaks stories but for me dia ni and her sisters and mother is just one big fake kardashian wanabes. #sorrynotsorry
duniawi
December 27, 2020 at 12:58 pm
lofa dgn pu riz okay je, masing2 masih follow each other.. family lofa tu dah kenapa suka nak masuk campur urusan hidup dia, biar dia tentukan kehidupan dia sendiri.. kesian lofa.. bella, athisha dan lmk pun byk juga kelemahan, tak perlu nak sindir2 orang laa.. sabar la lofa, ujian awak adalah orang2 di sekeliling awak tu..
bebawang
December 27, 2020 at 12:45 pm
sedihnya. tahun 2020 membuka banyak rahsia dan pengalaman pahit
Nose
December 27, 2020 at 11:51 am
Yang bermasalah sbnanrnye tu family lofa sndiri…xyah masuk campur hubungan dorang xleh ke…
Ahlam
December 27, 2020 at 11:49 am
Simple je… Kahwinlah dengan pasangan yang sekufu.. klo ko rasa x banyak duit, xdek bisnes yang kukuh, ko lupakan ajelah c Lofa ni… Xyah g jauh jauh, tengoklah apa jadik kat sharnaz.. cinta, kasih sayang sekejap aje.. pahtu, ungkit srmua.. duit belanja hanya rm500 j kat bini… Ha ha ha.. mana cukup bang sharnaz.. keluarga dorang ni acah-acah jutawan..
Anonymous
December 27, 2020 at 1:13 pm
Kan..
Zioe
December 27, 2020 at 4:05 pm
Betul…