Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Foto Merisik Sudah Tiada Di Instagram, Netizen Dakwa Neelofa Dan PU Riz Sudah Berpisah

Hangat di media sosal khususnya Twitter, netizen mendakwa bahawa Neelofa dan PU Riz kini sedang dilanda sesuatu yang tidak menyenangkan dalam perhubungan mereka.

Spekulasi itu mula timbul dalam kalangan pengguna media sosial dan ada yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sedang menghadapi ujian perhubungan dalam menuju alam perkahwinan.

Advertisement

Malah, ada yang mendakwa bahawa hubungan antara Neelofa dan PU Riz sudah pun berakhir namun belum disahkan secara rasmi adakah ianya benar ataupun sekadar mulut-mulut orang.

Menerusi beberapa sumber yang dihubungi sebuah media, belum ada sebarang kenyataan yang keluar daripada wakil keluarga selebriti berniqab popular itu berhubung isu tersebut.

Namun kata sumber itu lagi, perbualan antara ahli keluarga Neelofa ada memberi ‘hint’ yang mengatakan hubungan Neelofa dan PU Riz ‘sudah berakhir’.

“Bayangan yang diberikan seperti tiada jodoh antara Neelofa dan PU Riz,” – Sumber kepada Astro Awani

Advertisement

Menurut sumber yang paling dekat dengan Neelofa turut memberitahu bahawa kemelut yang dialami pasangan itu sukar untuk diterjemahkan kepada peminat-peminat mereka buat ketika ini.

Dalam pada itu, ketika meninjau ruangan Instagram adik beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Atisha dan Ameera Khan juga seolah-olah turut memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah pun terjadi. Malah, ibu kepada Neelofa, Noor Kartini juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram bakal menantunya itu dan gambar-gambar ketika majlis merisik itu turut dipadam.


Mengimbas kembali, pada tanggal 1 November lalu, pelakon dan juga usahawan Neelofa dilaporkan telah menerima kunjungan daripada keluarga PU Riz bagi tujuan merisik dan pihak perempuan telah menerima sebentuk cincin sebagai tanda sudah disunting. Difahamkan juga bahawa kedua selebriti ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021 yang akan datang.

Sumber : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. tecit

    December 28, 2020 at 11:36 am

    aduhhh. tula kdg2 kte hanya merancang. tp Allah juga sebaik2 perancang. sbb tulaa aku xsuke bgtau ape2 slagi blom jd. takot xjd nt maluuuu. jgn berlebih2an. siap tersasul2 sayang lg. bajet mcm dah halal plakk. pdhl baru risik sajo.

  2. Anonymous

    December 27, 2020 at 5:50 pm

    kenapa? pu riz ada tegur apa2 yang buat nabila atau ahli keluarga lain sentap ke? tengok cermin la sebelum nak sindir2 orang tu.. neelofa okay je sebenarnya.. yang lain2 tu suka menambah api.. kesian lofa.. harap lofa tak terpengaruh dengan kata2 adik beradik dia dalam membuat keputusan..

  3. aina

    December 27, 2020 at 4:29 pm

    contoh keluarga yg suka masuk campur hal peribadi anak2…sharnaaz dah kena, fattah amin dah kena…next riz…next yg nak tackle anak2 ms noorkartini ni, better berduit, kebal dari segala dosa…maksum…baru bole jadi menantu.. hope for the best.

    • Siti Covid

      December 29, 2020 at 9:20 am

      nanti kena serang berjemaah dgn sepupu sepapat dia jugak…..

  4. Anonymous

    December 27, 2020 at 3:42 pm

    ingat ramai yg komen….rupanye sendu jer….

Leave a Reply to bebawang Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama