Umum mempercayai bahawa pandemik COVID-19 ini berasal dari negara China, ekoran kes pertama mengenai wabak tersebut telah dikesan dalam kalangan penjual dan pembeli di pasar haiwan eksotik dari Wuhan pada Disember tahun lalu.
Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang bukti yang berjaya ditemukan berkenaan punca utama tersebarnya virus tersebut di sekitar China.
Baca: Saintis Mendapati Virus COVID-19 Berkemungkinan Bukan Dari Wuhan Dan Sudah Wujud Sejak September
Walaubagaimanapun, perkara tersebut menjadi semakin mengelirukan apabila beberapa keping gambar yang dipercayai berasal dari dalam Institusi Virologi rahsia di Wuhan mengenai sebuah peti sejuk menyimpan 1,500 jenis virus termasuk coronavirus daripada kelawar telah tersebar.
Tambah mengejutkan lagi bahawa, gambar-gambar ini sebenarnya telah pun dikeluarkan oleh akhbar China Daily milik negara itu sejak tahun 2018 semasa melaporkan berita berkenaan ‘kebocoran’ peti simpanan virus tersebut.
Gambar-gambar ini juga dipercayai telah diterbitkan semula di Twitter pada bulan lalu sebelum dipadamkan
Selain itu, akhbar itu turut mendedahkan bahawa institusi tersebut pernah melakukan eksperimen Coronavirus pada kelawar yang ditangkap lebih dari 1,000 batu dari Yunnan, menerusi dana AS$3.7 juta dari pemerintah Amerika Syarikat (AS). Oleh itu, Coronavirus ini dipercayai boleh dikesan pada kelawar yang terdapat di gua-gua tersebut sahaja.
Oleh hal yang demikian, para menteri di China kini berasa bimbang apabila berpendapat bahawa penularan wabak itu mungkin berlaku akibat kebocoran yang dialami oleh peti makmal yang berlaku pada dua tahun yang lepas.
China semakin mencurigakan sehingga menyebabkan banyak konspirasi yang muncul
AS telah mengeluarkan konspirasi bahawa makmal tersebut pasti telah memusnahkan sampel-sampel virus tersebut untuk menghapus laporan awal mengenai perkara tersebut seterusnya menyalahkan pasar haiwan eksotik di Wuhan. Mereka turut mempercayai bahawa ‘Patient Zero” kemungkinan adalah seorang pekerja pelatih di makmal itu seterusnya menyebarkan kepada penduduk setempat dan juga teman lelakinya.
Selain itu, perkara berkenaan diplomat AS di Beijing yang dikatakan pernah memberi peringatan kepada Jabatan Negara, bahawa virus ini berpotensi mencetus wabak baharu seperti SARS berkenaan perkara itu pada tahun 2018 juga turut didedahkan.
Namun begitu, China terus menegaskan perkara yang berlaku hanyalah satu kebetulan dan menolak segala konspirasi yang telah diberikan.
Tidak pernah ada penyembunyian dan juga penutupan rahsia tidak dibenarkan berlaku.
Presiden AS Donald Trump turut tampil memberitahu bahawa mereka akan melakukan pemeriksaan yang yang lebih mendalam mengenai perkara itu.
Selain itu, mereka juga telah membuat tuntutan terhadap negara China untuk bersikap telus mengenai perkara ini memandang ini adalah perkara yang serius dan sudah menyebabkan banyak kematian.
China diminta untuk memberi kerjasama kepada dunia untuk membuka laluan masuk kepada para saintis supaya kajian tepat boleh dilaksanakan sekaligus merungkai punca penularan virus ini.