[Foto] Majlis Kahwin Musim COVID-19 Hanya Perlu ‘Drive-Thru’ Dan Ambil Makanan

Kehidupan

[Foto] Majlis Kahwin Musim COVID-19 Hanya Perlu ‘Drive-Thru’ Dan Ambil Makanan

Setiap pasangan yang baru berkahwin pastinya ingin meraikan hari bersejarah mereka dengan tetamu-tetamu yang hadir. Tetapi masalah wabak Covid-19 yang semakin menular membuatkan semua menjadi tidak keruan. Mana tidaknya, mereka perlu menangguh perkahwinan yang sudah dirancang sejak sekian lama lagi.

Namun, baru-baru ini terdapat satu perkongsian yang di namakan Majlis Kahwin Drive-Thru telah tular di Facebook dan mungkin juga boleh memberi inspirasi kepada bakal mempelai diluar sana sepanjang musim penularan Covid-19 ini.

Advertisement

“MAJLIS KAHWIN ‘DRIVE-THRU’ 2020”

Pengantin Drive thru

Konsep perkahwinan yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini telah mendapat pujian ramai dan telah mendapat ribuan ‘Like‘ di Facebook. Bukan itu sahaja, konsep yang ditonjolkan lebih selamat dan sangat sesuai dengan keadaan sekarang.

Perkongsian ini juga telah mencetus inspirasi ramai bakal pengantin diluar sana yang tetap mahu meneruskan majlis mereka.

‘Isyarat Tangan Sebagai Tanda Salam’

Isyarat tangan yang dilakukan kedua mempelai tanda salam

isyarat tangan sebagai tanda salam Isyarat tangan sebagai tanda salam

Tetamu yang hadir juga tidak perlu bersusah payah keluar daripada kenderaan mereka. Mereka hanya perlu pandu lalu dan akan disambut oleh pasangan pengantin dengan memberi isyarat tangan sebagai tanda salam.

“Tabung Sumbangan Sebagai Pengganti Salam Keruk”

Tabung sumbangan

Tabung sumbangan

Duit salam keruk sangat sinonim dengan majlis kahwin. Sudah menjadi kebiasaan tetamu yang datang akan menghulurkan duit sebagai tanda hadiah kepada pengantin. Sekiranya para tetamu mahu memberikan sumbangan, mereka boleh meletakkan wang di dalam tabung sumbangan yang disedikan ketika mereka hendak berlalu pergi.

“Pihak Pengantin Hulur Makanan Kepada Tetamu Yang Hadir”

Pengantin menghulur makanan kepada pengantin

Tiada meja makan yang disediakan. Pengantin sendiri akan menghulurkan bungkusan makanan kepada tetamu yang sudi hadir.

Menurut jurugambar, idea menarik ini hanya dilakonkan untuk mengetengahkan majlis perkahwinan yang sesuai dengan musim Covid-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...