Setiap pasangan yang baru berkahwin pastinya ingin meraikan hari bersejarah mereka dengan tetamu-tetamu yang hadir. Tetapi masalah wabak Covid-19 yang semakin menular membuatkan semua menjadi tidak keruan. Mana tidaknya, mereka perlu menangguh perkahwinan yang sudah dirancang sejak sekian lama lagi.
Namun, baru-baru ini terdapat satu perkongsian yang di namakan Majlis Kahwin Drive-Thru telah tular di Facebook dan mungkin juga boleh memberi inspirasi kepada bakal mempelai diluar sana sepanjang musim penularan Covid-19 ini.
“MAJLIS KAHWIN ‘DRIVE-THRU’ 2020”
Konsep perkahwinan yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini telah mendapat pujian ramai dan telah mendapat ribuan ‘Like‘ di Facebook. Bukan itu sahaja, konsep yang ditonjolkan lebih selamat dan sangat sesuai dengan keadaan sekarang.
Perkongsian ini juga telah mencetus inspirasi ramai bakal pengantin diluar sana yang tetap mahu meneruskan majlis mereka.
‘Isyarat Tangan Sebagai Tanda Salam’
Tetamu yang hadir juga tidak perlu bersusah payah keluar daripada kenderaan mereka. Mereka hanya perlu pandu lalu dan akan disambut oleh pasangan pengantin dengan memberi isyarat tangan sebagai tanda salam.
“Tabung Sumbangan Sebagai Pengganti Salam Keruk”
Duit salam keruk sangat sinonim dengan majlis kahwin. Sudah menjadi kebiasaan tetamu yang datang akan menghulurkan duit sebagai tanda hadiah kepada pengantin. Sekiranya para tetamu mahu memberikan sumbangan, mereka boleh meletakkan wang di dalam tabung sumbangan yang disedikan ketika mereka hendak berlalu pergi.
“Pihak Pengantin Hulur Makanan Kepada Tetamu Yang Hadir”
Tiada meja makan yang disediakan. Pengantin sendiri akan menghulurkan bungkusan makanan kepada tetamu yang sudi hadir.
Menurut jurugambar, idea menarik ini hanya dilakonkan untuk mengetengahkan majlis perkahwinan yang sesuai dengan musim Covid-19.