(Foto) Lihat Kafe Coke Pertama Di Dunia Berkonsepkan Retro Dibuka Di Johor Bahru

Travel

(Foto) Lihat Kafe Coke Pertama Di Dunia Berkonsepkan Retro Dibuka Di Johor Bahru

Untuk peminat setia minuman bikarbonat Coke, pastinya teruja untuk melihat sendiri kafe pertama yang berkonsepkan Coke ini di Johor Bahru. Dengan rekaan konsep yang sangat retro dan unik, pastinya kafe ini menjadi tarikan mereka yang gemar bergambar untuk ber ‘ootd’ di sana nanti.

Menariknya lagi, kafe ini yang dibuka berhampiran TGV Cinemas ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka yang selalu menonton wayang. Kafe ini juga mengambil konsep seperti sebuah restoran Amerika pada zaman 1950 dengan warna merah sebagai warna tema Coke.

Advertisement

Di kafe ini juga, terdapat ruangan untuk anda cas bateri telefon sementara anda menunggu wayang bermula. Bukan hanya untuk ruang menunggu semata-mata, kafe ini turut menjual popcorn, aiskrim, coklat dan semestinya minuman Coke.

Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga ke 10 malam, anda boleh rasai sendiri pengalaman berada di kafe Coke di TGV Cinemas, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Selain kafe ini, anda boleh tengok artikel kami sebelum ini tentang kafe lain yang tak kurang hebatnya.

Artikel berkaitan: Lihat Kafe Yang Sangat ‘Cool’ Ini Untuk Anda Lepak Sambil Main Game Bersama Rakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...