Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(FOTO) Laporan Polis Ini Dedahkan Cerita Sebenar Yang Berlaku Kepada Farid Kamil

Apabila polis mengesahkan Datuk Farid Kamil positif dadah jenis ganja, ramai yang seakan tidak percaya. Malah, adik beliau sendiri Fadzil Zahari juga terkejut mendengar berita abangnya mengamuk dan menimbulkan kekacauan kerana itu bukanlah sikap sebenar Farid.

Advertisement

Terbaru, tular pula satu laporan polis oleh lelaki yang membawa Farid ke balai polis  tengah hari tadi. Sebelum  kejadian di balai polis tersebut berlaku, individu itu memberitahu beliau menjumpai Farid tidak berbaju didalam hujan dan meminta pertolongan.

Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi,  Farid  hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan berurusan di kaunter aduan, sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Farid turut bertindak di luar kawalan dengan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum beliau ditahan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

150 Comments

  1. Anonymous

    January 12, 2018 at 2:59 pm

    Semua laporan n ceta tu tergantung mcm cerita dongeng pula apa kes ni??..

  2. Adudu

    January 12, 2018 at 12:30 pm

    Bole plak tau positif dadah jenis ganja. Hebat. Tak pernah jumpa lg yg mengamuk sbb ganja. Selalunya yg mengamuk ni sbb perangai sendiri atau dadah lain especially yg synthetic mcm Methamphetamine.

    • Adele

      January 12, 2018 at 8:31 pm

      Budak bawah umur yg bakar tahfiz keramat tu sume positif ganja….bleh google/..kesan ganja kpd emotion manusia ….kalau hisap SBB nak rileks OK..tapi kalau keadaan marah dendam boleh hilang pertimbangan..

  3. JO

    January 12, 2018 at 12:27 pm

    LEBIL ADIL.. TUNGGU STATEMENT DATUK FARID KAMIL..APA CERITA SEBENARNYA.

  4. Anonymous

    January 12, 2018 at 12:02 pm

    Kna la ad publisiti ckit,klu x mna movie nk pecah panggung

  5. Noone

    January 12, 2018 at 11:52 am

    Innocent until proven guilty.

    I don’t give a #[email protected]#* regarding his Datukship.

    My biggest concern right now is his children and his family. I hope they are strong throughout this ordeal and will come out of it stronger.

    Ya Allah, please protect us all..

Loading...
To Top