April 3rd, 2018

Sentiasa membuatkan dirinya menjadi misteri lebih-lebih lagi setelah terpalit dengan kontroversi tidak membayar hutang beberapa individu, ramai yang tertanya mana agaknya penyanyi Shahir sekarang?

Namun, persoalan itu terjawab apabila Shahir dilihat muncul pada majlis sambutan hari jadi anak Erra Fazira iaitu Engku Aleesya di sebuah restoran baru-baru ini.

Foto Shahir yang duduk bersebelahan dengan Erra menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka masih lagi rapat dan seolah-olah seperti pasangan sedang bercinta.

Terdahulu, Shahir pernah menyatakan hasratnya untuk melamar Erra sebagai isteri pada awal tahun ini. Namun, Erra enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu dan menjelaskan mereka sekadar berkawan rapat sahaja. Jika benar mereka bakal berkahwin, Erra pasti tidak akan merahsiakan berita gembira itu daripada peminat dan rakan media yang selama ini banyak menyokong beliau.

Kredit Foto : Intan Zabidin


57 responses to “(FOTO) Lama Menghilang : Shahir Dilihat Raikan Hari Jadi Anak Erra Fazira”

  1. tak sedap hati says:

    AKU BUKAN NAK KATA DUIT SEGALANYA.. TAPI PECAYALAH ORG YG SUKA BERHUTANG NI PAYAH NK UBAH TABII DIA. KLAU SMP TUA MCM TU.. SANGGUP KE NK HADAP…?

  2. huhu says:

    ramai yg kata,erra suka bertukar lelaki..aku pelik..ko nak bina istana, ko main terjah je ke..tak payah kenal dulu?… main kawin je, sambar…baru berkawan dah kena gosip..acaner tu…gosip pun,sekadar gosip..yg komen erra g shopping luar negara tu, dulu erra artis termahal ok.. berkemampuan..walau sekarang dia dah slow..aku nampak perubahannya sekarang..korang redhalah,siapa pun yg erra kawin,itulah jodoh dia..korang tak boleh sanggah,walau korang tak suka..kalau tak kekal pun..itu dah tertulis..peace..

  3. positivevibes says:

    Aku suka je tgk erra skrg. bahagia je walaupun byk gossip buruk kt shahir tapi dia tetap setia. nampak tak erra tak pandang semua tu. erra pon dah banyak duit kot. kdg2 org yg kaya ni semua tu x penting lg, hati dan perasaan lebih penting. dah itu yg menggembirakan dia doa la baik2.

    Erra tu cantik kot. bg yg kutuk erra tua la apa la nak termuntah la aku rasa muka ko takla ensem/ cantik mana. dengki je tu. umur cam tu masih hot mmg salute lah. jaga badan lg. mcm tula baru laki tak kawen lain. dia pilih single skrg sbb dah serik kot. kita doa la jodoh ajal maut di tgn Allah.

    • Amin says:

      setuju.. erra sekarang lebih baik dari dulu. Harab Allah berikan jodoh yang baik padanya..mungkin jodoh terdahulu bukan jodohnya sampai ke Jannah..siapa tahu, jodoh kita samapai mana, dan berapa kali sebelum bertemu dengan Imam yg memang ditakdirkan sampai ke syurga.

  4. shopia lorren says:

    Doakn era n shahir berjodohan..lenyaplh segala fitnah..rezeki,jodoh,ajal maut tiada sape jangka hanya doa dipanjat moga beroleh kejayaan n diberkatiNya..

Loading...