Sentiasa membuatkan dirinya menjadi misteri lebih-lebih lagi setelah terpalit dengan kontroversi tidak membayar hutang beberapa individu, ramai yang tertanya mana agaknya penyanyi Shahir sekarang?
Namun, persoalan itu terjawab apabila Shahir dilihat muncul pada majlis sambutan hari jadi anak Erra Fazira iaitu Engku Aleesya di sebuah restoran baru-baru ini.
Foto Shahir yang duduk bersebelahan dengan Erra menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka masih lagi rapat dan seolah-olah seperti pasangan sedang bercinta.
Terdahulu, Shahir pernah menyatakan hasratnya untuk melamar Erra sebagai isteri pada awal tahun ini. Namun, Erra enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu dan menjelaskan mereka sekadar berkawan rapat sahaja. Jika benar mereka bakal berkahwin, Erra pasti tidak akan merahsiakan berita gembira itu daripada peminat dan rakan media yang selama ini banyak menyokong beliau.