Segala teka-teki dan persoalan mengenai status hubungan pelakon Elfira Loy dan jejaka yang dikenali sebagai Faris K Anuar akhirnya terjawab apabila Elfira sendiri mengesahkan beliau sudah bertunang pada 2 September lalu.
Elfira menerusi akaun Instagramnya, mengakui beliau sedang sangat bahagia dan momen pertunangan itu adalah yang paling indah buatnya.
Hubungan Elfira dan Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk mula terjalin sekitar bulan Ramadhan lalu. Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, berita mengenai majlis merisik serta pertunangan mereka mula diperkatakan. Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.

Anonymous
September 22, 2018 at 12:40 pm
doa yg baik2 je.. yg lepas tu utk el ngan sufian jdkn pngajaran.. sufian tu pun tk seperfect mana.. el ne pun apatah lagi.. ada lah tu rancangan Tuhan utk dorang ne.. mak ayah el la seharusnya jg diri tu.. defend anak macam malaikat pulakny.. condemn sufian mcm diri bagus sgt.. skrg ne surely netizen dok kecam based on apa yg dimintak kt sufian dulu.. sendiri cari nahas.. sendiri la menjawab ye makcik pakcik.. but apa nk kisah, dpt anak datuk ye.. but bear in mind, anak datuk ka.. anak raja ka.. sume ada kelemahan.. anak pngemis cmana pun ka ada kelebihanny.. all the best lah el!
akak
September 22, 2018 at 11:59 am
alhamdulillah mak nye dpt menantu hafal surah al mulk n pndai menyimpan duit…
Anonymous
September 22, 2018 at 8:27 am
bila bella nak up cerita fattzura buat video meleleh i wanna kerai. tak sabar nak baca hahaha
m coll
September 22, 2018 at 11:54 pm
wahahaha…
nunu
September 21, 2018 at 11:57 pm
CRINGEEE NYA AKU BACA CAPTION KAU ELFIRA!
Your caption i tell you, macam bukak kamus then translate malay to english bulat2.
Girlll trying so hard acah2 meaningful caption tapi hauk!! Haha…
Mak jemah
September 21, 2018 at 10:14 pm
Lepas ni maknya suruh hafal berapa surah alquran pulak. Ada selit duit juga kot…RM1000per page.
Anonymous
September 22, 2018 at 6:44 am
Makbapanya senang hatki sdh anak da?uk tu….. duit keluar je bila nak terus bagi barang 20 000 sehari pun boleh