Segala teka-teki dan persoalan mengenai status hubungan pelakon Elfira Loy dan jejaka yang dikenali sebagai Faris K Anuar akhirnya terjawab apabila Elfira sendiri mengesahkan beliau sudah bertunang pada 2 September lalu.
Elfira menerusi akaun Instagramnya, mengakui beliau sedang sangat bahagia dan momen pertunangan itu adalah yang paling indah buatnya.
Hubungan Elfira dan Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk mula terjalin sekitar bulan Ramadhan lalu. Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, berita mengenai majlis merisik serta pertunangan mereka mula diperkatakan. Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.

Anonymous
September 24, 2018 at 10:16 am
gold digger
Ana
September 23, 2018 at 4:44 pm
Pisau cukur cap kepala naga
Anonymous
September 22, 2018 at 7:11 pm
Nk tya satu je dh lama terpendam….mana perginya cp julita aisyah..wife ank raja phg tu..dh sgt lama tak tgok dia
..siapa tahu???
Anonymous
September 22, 2018 at 4:33 pm
Ok.lah tu dah dpt org kaya tak perlu lagi dlm industri ini…. kita buat mcm Izreen, Hanez. Faye jak lah boikot… bukan menarik pun ada emak bapanya juga ada bakal menantu tahfiz bawa duit dalam quran berpuluh ribu sehari… ok lah tu