Setiap tahun pasti akan ada beberapa tempat menjadi tarikan orang ramai untuk dikunjungi. Salah satunya ialah ‘musim bunga’ yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mengambil gambar. Maklumlah bukan selalu kemunculan bunga sakura macam dekat Jepun ada di Malaysia.
Gambar-gambar yang dikongsikan melalu Facebook Kedah Tourism menunjukkan ‘musim bunga sakura’ yang berada di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Bukan itu sahaja, tempat-tempat itu juga seakan-akan berada di Jepun namun pada hakikatnya ianya berada di Malaysia.
Netizen lain juga ada berkongsi di Twitter gambar-gambar ‘bunga sakura’ di negeri masing-masing. Mungkin agaknya sekarang memang tengah ‘musim bunga’ di Malaysia kan.
lokasi di Perlis, Japan pic.twitter.com/Dx3vHIHzak
— ??? (@wafiyalqadri) March 25, 2021
gombak pic.twitter.com/qzKMNHPKEx
— dee (@ummuhaniharith) March 25, 2021
Ada juga yang mengambil peluang untuk mengambil gambar di sekitar kawasan yang cantik itu.
Mana yang dekat jangan lupa ambil gambar untuk dijadikan kenangan.