Satu kebakaran hutan yang cukup dasyat dilaporkan berlaku di kawasan pergunungan di mana Korea Selatan pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
#BREAKING : Goseong , South Korea – Two people have died and thousands have been evacuated after strong winds fanned a large fire burning in a South Korean province that hosted the 2018 Pyeongchang Winter Olympics.pic.twitter.com/RVSCEjYLEa
— Shark NewsWires (@SharkNewsWires) April 4, 2019
Kebakaran tersebut yang berlaku semalam dipercayai bermula dari percikan api berhampiran sebuah resort di di bandar Goseong di wilayah Gangwon dan merebak pula, ke sebuah pusat peranginan tepi pantai di bandar Sokcho.
Angin kuat menyebarkan api dengan cepat sehingga memusnahkan kawasan seluas kira-kira 385 hektar dan 318 kediaman, gudang dan juga bangunan lain. Setakat ini dua sudah dilaporkan maut manakala lebih 4,0000 penduduk dipindahkan.
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, pihak kerajaan sudah mengerahkan kira-kira 45 helikopter, 77 jentera bomba dan 13,000 kakitangan dari seluruh negara untuk mengawal kebakaran itu.