Kapal mewah dikenali sebagai ‘Diamond Princess’ yang berlabuh dari pelabuhan Yokohama, Jepun menjadi sunyi sepi seperti kapal berhantu yang sudah ditinggalkan. Hakikatnya, para penumpang masih lagi berada di dalam kapal tersebut namun dikuarantin di bilik masing-masing.
Semuanya gara-gara seorang penumpang berusia 80 tahun dilaporkan positif wabak coronavirus selepas berlabuh. Penumpang itu yang selamat mendarat di Hong Kong menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasilnya dia positif wabak itu.
Pihak berkuasa dengan serta merta meminta 2,666 penumpang dan 1045 krew dikuarantinkan sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan. Semua penumpang berada di bilik mereka sambil pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Oleh kerana ruang kapal yang luas, tidak dapat dipastikan berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk kerja-kerja pembersihan itu dilakukan. Menurut laporan juga, beberapa penumpang telah menunjukkan simptom dengan 10 penumpang disahkan positif wabak tersebut.
Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, suhu badan dan keadaan semua penumpang di dalam pemerhatian. Kapal mewah itu yang sepatutnya berlayar selama 14 hari berada di tengah pelabuhan untuk dikuarantin. Para penumpang juga tidak dibenarkan keluar daripada kapal sehingga satu tempoh yang dimaklumkan.
Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Warga China Sembuh Dari Coronavirus Menjadi Kes Pertama Pulih Di Malaysia