Kanak-kanak memang terkenal dengan kerenah yang sangat menghiburkan hati. Hal ini kerana, mereka masih dalam proses mengenali dunia sekeliling dan banyak persoalan yang sering bermain di kepala mereka.
Namun, terdapat perkara yang membimbangkan kerana kadang-kadang persoalan yang bermain dalam fikiran mereka berakhir dengan idea-idea yang pelik.
Baca: Mempunyai 500,000 Pengikut di Instagram dan Diiktiraf Sebagai ‘Kanak-Kanak Tercantik Dunia’
Baru-baru ini terdapat seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah membuat permintaan yang luar jangkaan iaitu untuk diberi potongan rambut gaya seperti “lelaki tua”.
George yang berusia 5 tahun itu, memohon kepada abangnya yang berusia 7 tahun untuk memotong rambutnya.
Difahamkan bahawa, abangnya itu menuruti sahaja permintaan pelik kanak-kanak itu. Dengan mengunakan pencukur rambut milik bapa mereka.
Diceritakan bahawa semasa kejadian itu berlaku, bapanya naik ke atas untuk melihat kedua adik-beradik itu, dan seperti yang dijangka si bapa Kevin, sangat terkejut melihat apa yang berlaku.
Saya melihat ke atas dan melihat tompokan botak besar di atas kepala George.
Kanak-kanak itu dikatakan bertindak sedemikian kerana dia telah melihat satu watak dalam satu episod drama bersiri ‘You’ve been Framed‘ yang mempunyai gaya rambut seperti itu.
Saya tidak tahu apa yang dimaksudkannya tetapi dia berada di kaca TV pada masa itu, saya mahu itu.
Namun dikhabarkan anaknya itu benar-benar tekad untuk mendapatkan gaya rambut tersebut, bapanya hanya menurut dan mencukur bahagian atas rambut George sehingga hanya ada rambut di sekeliling kepala kanak-kanak itu.
Saya tahu ia sangat lucu tetapi itulah yang dia mahukan, jadi saya melakukan seperti yang dia mahu dan hasilnya memuaskan
Kanak-kanak itu dikatakan langsung tidak menyesal meminta potongan rambut yang lucu itu dan berasa bangga dengan rupanya yang matang.
Kevin kemudiannya membuat panggilan video kepada ibu George yang dikatakan terpaksa bekerja pada hari itu, walau bagaimanapun ibu George hanya ketawa apabila melihat rupa baru anaknya.
Tak seorang pun dari kita boleh berhenti ketawa, George betul-betul menyukainya.
Perkara tersebut telah membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan permintaan pelik yang dibuat oleh kanak-kanak itu. Apa pendapat anda?
Anda dinasihatkan untuk mengawasi anak-anak anda sepanjang tempoh PKP ini, jangan pula anak-anak anda membuat perkara yang pelik.