Bakal melangsungkan pernikah pada 3 Ogos ini, pelakon Ummi Nazeera sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya. Ummi turut berkongsi foto kad tersebut dengan peminatnya di Instagram.
Reka bentuk kad tersebut yang cukup klasik dan eksklusif yang memaparkan foto ketika beliau dan Mr I bertunang mendapat pujian daripada netizen. Buat mereka, rekaan kad tersebut cukup ringkas tetapi tetap kelihatan cantik.
Pada masa yang sama, mereka juga mendoakan agar majlis perkahwinan Ummi nanti berjalan dengan lancar dan semoga beliau dan bakal suami berbahagia.
Difahamkan, Ummi dan Mr I bakal bernikah dalam satu majlis tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur.