Tidak lama sahaja lagi pelakon jelita Izara Aishah bakal bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Hari ini, foto kad jemputan perkahwinan mereka mula tersebar di laman sosial.
Berdasarkan maklumat yang ditulis di kad tersebut, majlis pernikahan Izara dan Adib yang sebelum ini dikatakan bakal diadakan pada 17 November telah ditukar tarikhnya ke 19 November bertempat di Grand Ballroom Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Apa-apa pun, kami berharap agar segala perancangan untuk majlis perkahwinan Izara dan Adib berjalan dengan lancar dan diberkati. Selamat melayari alam rumah tangga dan berbahagia sebagai suami isteri nanti. Pasti ramai yang tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin.