(FOTO) Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini, Aina Abdul Paling Simple!

Hiburan

(FOTO) Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini, Aina Abdul Paling Simple!

Hari raya Aidiladha atau hari raya haji merupakan salah satu perayaan yang disambut meriah oleh umat Islam di negara ini.

Kebiasaannya di Malaysia, ramai yang akan menyambut hari raya Aidiladha dengan menjamu makanan dan mengambil gambar bersama keluarga di pagi raya.

Advertisement

Tidak ketinggalan, ramai artis yang turut berkongsi momen-momen kemeriahan dengan memuat naik gambar sambutan hari raya mereka di media sosial.

Tinjauan BeautifulNara mendapati, kebanyakkan artis telah menyambut hari raya korban dengan bersederhana tahun ini.

1. Khai Bahar

Penyanyi, Khai Bahar dilihat segak menggayakan baju melayu berwarna hijau bersama ibunya dan keluarga.

Menerusi hantaran di Instagram, Khai berkongsi keadaan kesihatan ibunya yang dahulunya semangat menyambut hari perayaan namun berubah sejak menghidapi penyakit.

2. Zulin Aziz

Pelakon, pelawak, dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik beberapa hantaran gambar bersama suaminya, Farhan Norzaini.

Pasangan suami isteri itu dilihat sedondon memakai jubah berwarna biru di sebuah kawasan perumahan.

3. Hawa Rizwana

Tampil sederhana memakai jubah berwarna hitam, pengacara, Hawa Rizwana Redzuan masih kelihatan cantik walaupun bergaya simple.

Menerusi hantaran di Instagram, Hawa dilihat menyambut perayaan bersama keluarga tercinta di kediaman ibu bapanya.

4. Ernie Zakri & Syamel

Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel mengenakan tema warna biru ketika menyambut hari raya Aidiladha.

Bukan itu sahaja, anak sulung pertama mereka turut kelihatan ceria memakai baju kurung di dalam hantaran tersebut.

5. Nabila Razali

Penyanyi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali dilihat menyambut hari raya Aidiladha bersama ibu bapa dan keluarga.

Bukan itu sahaja, Nabila turut berkongsi momen-momen ibadah korban dan bergotong-royong memasak juadah raya.

6. Amyra Rosli & Amar Baharin

Pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin dilihat sedondon menggayakan pakaian raya hasil rekaan pereka fesyen, Rizwan Ruzaini.

Manakala, dua cahaya mata mereka turut dilihat memakai baju berwarna putih. Comelnya!

7. Aina Abdul

Seperti yang ramai tahu, penyanyi, Aina Abdul sering mendapat perhatian orang ramai kerana menggayakan fesyen pelik di program realiti TV.

Namun, berbeza pula dengan hari perayaan Aidiladha tahun ini dimana penyanyi berusia 29 tahun itu dilihat bersederhana menggayakan jubah dan tudung berwarna hitam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tragedi terowong al muassim
1 year ago

Tragedi Aidiladha: Insiden Rempuhan Terowong Al-Muassim 1990, Lebih 1,000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...