Penyanyi Wany Hasrita menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya menyeru peminat dan juga orang ramai membuat laporan kepada pihak Twitter jika terjumpa video memaparkan seorang lelaki sedang memuaskan nafsu menggunakan fotonya.
Video itu sebelum ini telah menjadi tular pada hari Jumaat lalu dan berikutan itu, Wany telah menyedari kewujudan video tersebut setelah diberitahu oleh peminat yang melihat paparan tersebut di media sosal Twitter.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran Wany, dia juga mengucapkan terima kasih buat mereka yang meninggalkan pesanan kepadanya mengenai video tersebut di Twitter.
“Assalamualaikum..saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua yang DM saya berkenaan isu video di Twitter itu. Saya sebenarnya tak boleh nak buat apa, cuma apa yang boleh saya buat report (laporan) benda itu.”
Dalam pada itu, penyanyi lagu Belenggu Rindu itu berharap individu tidak bertanggungjawab itu dapat menurunkan semula video tidak bermoral itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Jadi saya nak minta jasa baik korang sesiapa yang terlintas dekat timeline atau ternampak benda (video) itu mintalah report sekali. Kita sama-sama report..InsyaAllah nanti kut dia orang turunkan video tu ke. Terima kasih semua!” tulisnya lagi di hantaran IG Story miliknya.